Sunday, October 28, 2007

MASJID BESAR KUCHING 1930


MASJID BESAR KUCHING DALAM KENANGAN 1930
WATER COLOUR PAINTING.
Reka bentuk bangunan masjid ini cukup menarik dan telah membawa seribu satu kenangan yang sukar untuk ku lupakan.Maka itu aku telah mengabadikannya dalam sebuah catan yang membolehkan aku mengingatkan kembali masa ingusan ku pada ketika itu, yang baru berusia 9 tahun.Satu ketika aku tersentak dari kenangan silam,bila ianya terpaksa sujud ke bumi untuk memberi laluan kepada bangunan masjid yang baru yang berdiri hingga ke hari ini dinamakan Masjid Bahagian Kuching.Aku rasa terpanggil untuk membayangkan semula dalam bentuk catan berwarna kerana pada ketika itu belum ada gambar foto berwarna yang dapat aku gunakan sebagai panduan semasa melukis.

MEDIA : ACRYLIC
DIMENSIONS : 38 X 48
DATE OF WORK : 2005

No comments: