Catan ini dibuat dengan menggunakan media campuran (mixed media)hasil campuran bahan terbuang dengan gam PVA dan cat akrilik.Saya ingin membawa pemerhati menyingkap sendiri mesej yang tersirat lewat catan ini.Penggunaan unsur seni yang lebih kepada warna harmoni dan defragment bentuk geometri bertaburan pada keseluruhan permukaan catan. Ketika catan ini dirangka saya membayangkan bahawa hidup kita lebih banyak dihiasi dengan hiburan,pesta,majlis keramaian dan pelbagai sambutan yang meriah dan setiap kali adanya pesta, pasti ada taburan bunga-bungaan atau dahulu orang menabur beras bewarna kuning sebagai merestui atau rasmilah pesta tersebut.Maka itu saya ingin membawa pemerhati atau peminat seni visual agar sama-sama menyingkap apa yang tersirat atau tersurat di dalam persepsi minda masing-masing.
MEDIA : MIXED MEDIA
DIMENSIONS :38 X 48

No comments:
Post a Comment