Saturday, June 28, 2008

Juhari Said Yang Saya Kenali





<br<br
Lewat buku "AKAL DI MATA PISAU " sudah cukup untuk saya mengenali dan memahami hasil karyanya dan sekaligus tahu siapa dia pelukis tersebut.
Sebetulnya saya telah mengenali beliau sejak saya di bangku sekolah lagi sekitar tahun 1973. Ketika itu saya berusia 15 tahun dan Juhari 12 tahun.Kami sering berutus surat sebagai kenalan pena yang pada ketika itu memang sukar untuk mendapat infomasi lebih-lebih lagi dalam sumber rujukan akademik.Mulanya kami berkenalan lewat Utusan Pelajar(1973) dan saya cukup bertuah kerana lukisan saya di terbitkan dan kami sering bertukar-tukar fikiran sehingga kami membawa haluan masing-masing kerana rentetan waktu tidak mengizinkan kami bertemu semula atas urusan sendirian pada ketika itu.
Sekitar tahun 1979 saya terputus hubungan dengan Juhari sehinggalah pada tahun 1992 saya dapat berutus semula dengan Juhari melalui seorang teman yang kebetulan bertugas di Kuala Lumpur.
Saya cukup bangga kerana dapat bertemu semula dengan Juhari kerana dia sekarang ini sudah menempah nama sebagai pengkarya seni yang cukup hebat dan bersemangat waja dan saya kira Juhari telah banyak memberi sumbangan besar kepada bidang seni cetak sekaligus juga sebagai pendorong untuk saya berkarya namun tidaklah sehebat dia.
Petikan Dari Buku "Akal Di Mata Pisau" oleh Az Karim. JUHARI SAID is a person who thrives on challenges .For this artist-printmaker, success has never come easy.All that he has achieved,with the grace of God, has been the result of sheer hard work. He says with quiet confidence ,"These are things in life,which I'm determined to get but there also things that I know I don't need."

1 comment:

Anonymous said...

seni cetak..baguskan?bdk2 sekolah dah pelajari dan hargai warisan turun temurun...