Tuesday, December 9, 2008

KEM BACA PINTAR,PEMBINAAN BAKAT DAN JATI DIRI








Ringkasan Program

Kem Pembinaan Bakat dan Baca Pintar ini telah berlangsung selama 3 minggu iaitu bermula pada 17 November hingga 5 Disember 2008. Program-program yang telah dijalankan adalah seperti :-

Baca Pintaryang diselaraskan oleh Encik Sulaiman Shaihk Kadir dan Encik Dahlan Morsalin,ini adalah khusus untuk murid-murid tahun 3 (tahap1 ) dan tahun 6 (tahap 2).Program ini menekankan prinsip yang memulihkan masalah tidak dapat membaca dikalangan murid-murid lantaran menyedia dan membina keyakinan mereka agar boleh pergi dan melangkah lebih tinggi lagi.Dengan pengelaman yang ada pada fasilitator yang bertanggung jawab, murid-murid boleh berseronok dengan aktiviti pembelajaran sehingga wujud minat yang mendalam dalam pelajaran.

Kem Pembinaan Bakat

Terdiri dari 7 bidang iaitu :

1. Mengaji Al-Quran
2. Kepimpinan
3. Muzik & Nyanyian
4. Teater & Lakonan
5. Penulisan Kreatif
6. Seni Tari
7. Seni Visual

Selain itu Encik Zaini Oje yang juga merupakan penyelaras kem bakat ini dibantu oleh En Saiee Driss dan En Zamhari Mustafa telah mengadakan aktiviti marhaban ,tar/hadrah dan nyanyian lagu rakyat pimpinan dari fasilitator yang berpengalaman telah memberi kesedaran secara tidak langsung kepada murid-murid tentang budaya dan adat resam nenek moyang kita.





PAMERAN LUKISAN OLEH MURID-MURID DARI KEM SENI VISUAL, LIPUTAN DARI AKHBAR UTUSAN SARAWAK RABU .10 DISEMBER 2008 . 12 ZULHIJAH 1429H
























No comments: